Tentang Kami - KOPERASI MAJLIS EKONOMI HALAL SELANGOR BERHAD atau MEHKOP
Dari sebuah komuniti aktivis pencinta halal yang bergerak aktif bersama Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH) , maka lahirlah sebuah koperasi yang diwujudkan bagi mengambil bahagian secara aktif di dalam perniagaan perkhidmatan sokongan melengkapkan ekosistem industri dan ekonomi Halal, dari makanan hinggalah keperluan gaya hidup. Halal itu ibadah, bukan jenama! Walaupun begitu, keanggotaan koperasi ini terbuka kepada semua kalangan aktivis halal yang berminat menyambung usaha secara sukarela kepada pembangunan ekonomi halal secara serius termasuklah filantrofis sosial, usahawan-usahawan baru atau veteran, para cendiakawan dan akademik, serta individu samada pekerja atau pelajar. Kita bersama kerana perjuangan halal!